Pengikut

Rabu, 28 September 2011

Mark Zuckerberg Pengasas facebook



apa kata kalau kita mendalami sedikit tentang asal usul facebook. Anda ada account facebook? Well, semua orang pun ada. Tapi dari mana sebenarnya datang facebook ? Gambar di atas adalah Mark Zuckerberg pengasas facebook yang kini bergelar billionair. Bayangkan menjadi billionaire pada usia 23 tahun. Memang sesuatu yang mengejutkan.

Beliau dilahirkan pada 1984 di New York dan hanya merupakan seorang pelajar ketika mengasaskan facebook pada 2004 di Havard University. Sebenarnya, facebook merupakan satu tools yang beliau cipta bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pelajar di Havard. Facebook direka untuk Mark Zuckerberg dan rakan-rakannya yang lain di Havard berinteraksi antara satu sama lain dan supaya lebih mengenali sesama mereka. Myspace dan Friendster adalah aplikasi yang hampir sama dengan facebook tetapi facebook mempunyai keunikan dan kehebatan tersendiri menyebabkan ia menjadi amat popular di Havard. Dalam masa beberapa bulan sahaja, ia telah mula digunakan di kolej-kolej, sekolah, dan dalam tempoh setahun, ia telah dibuka kepada orang ramai.

Banyak sebenarnya kisah-kisah di Internet tentang bagaimana Mark Zuckerberg nie menjadi kaya dengan tiba-tiba. Beliau banyak dibantu oleh rakan-rakan programmer yang lain untuk menjadikan facebook satu platform sosial networking yang terbaik di dunia. Yang menariknya  baru 2 tahun beroperasi, banyak web2 sosial network dan media seperti Myspace dan Youtube dijual dengan harga berjuta dollar. Myspace menerima tawaran NEWS CORP. sebanyak USD$580 juta, YouTube menerima tawaran USD$1.5 billion dari Google tetapi Mark Zuckerberg langsung tidak mahu menjual facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD$1 billion. "Facebook bukan untuk dijual" kata beliau dengan selamba. Ini menimbulkan kontrovesi dan beliau dikatakan bodoh kerana tidak menerima tawaran tersebut. Pelbagai tomahan dan kritikan pedas diajukan terhadap beliau tetapi beliau tetap berkeras tidak mahu menjual facebook kepada sesiapapun.
Hasilnya, setelah 3 tahun, beliau ditabalkan sebagai (world youngest self-made billionaire) oleh  Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion. Kini, Microsoft pun berminat dan telah membeli share facebook sebanyak 1.6% bernilai USD$246 juta. Ramai lagi yang turut membuat pelaburan besar dengan facebook seperti pengasas PayPal, Peter Theil begitu juga billionaire terkenal dari Hong Kong, Li Ka-Shing. Sehingga kini facebook menjadi semakin canggih dan penggunaannya amat meluas sehingga ada yang menjadi kaya-raya disebabkan oleh pengiklanan facebook. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah  Mark Zuckerberg pengasas facebook, ada juga yang mengatakan dia bukanlah pelajar yang pintar dan suka nakal di sekolah tapi rajin mempelajari berkaitan  hal-hal komputer. So mahu kaya seperti dia cubalah iklan apa-apa sahaja untuk mendatangkan keuntungan dalam facebook.

Ahad, 25 September 2011

Sejarah awal Semporna



  Mungkin sejarah ini ramai yang mengetahuinya terutama kepada yang suka becerita kisah bangsa bajau, pada lampiran ini saya wujudkan kembali sebagai mengingati bangsa bajau supaya tidak lupa asal usul sendiri terutamanya kepada anak-anak muda.


'Tong Talun' adalah merupakan nama asal bagi daerah Semporna yang bererti "Hujung Hutan" dalam istilah Suku Kaum Bajau. Orang yang bertanggungjawab untuk menamakan Tong Talun ialah Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang. Pada ketika itu daerah Semporna diliputi oleh hutan belantara di awal penemuannya. Setelah itu, Tong Talun telah ditukar dengan nama SEMPORNA atau pun SAMPULNA dalam bahasa bajau yang membawa pengertian "Tempat Yang Aman atau Damai" sehinggalah sekarang.
Daerah Semporna berada dibawah jajahan takluk Kesultanan Sulu, sebuah kuasa politik pada suatu masa dahulu. Jajahan takluknya meliputi sebahagian Filipina (sebelah selatan) dan Borneo Utara. Pada1876 kawasan yang dikenali dengan Borneo Utara ini telah diperintah oleh Syarikat 'British North Borneo Chartered Company' yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan British. Bermula dari itu, Sultan Sulu telah menyerahkan Sabah secara "untuk selamanya dan berkekalan" kepada syarikat ini sebagai wilayah kuasa urus-tadbir mereka.

Kuasa penjajah lain yang pernah cuba menakluk Semporna termasuklah Belanda, namun mereka gagal berbuat demikian kerana kehadiran syarikat British disini. Pada tahun 1963, Sabah telah bersatu dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia.

Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut/ nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam.

Daerah Semporna juga adalah kawasan kediaman suku kaum nomad (orang-asli) laut yang dikenali dengan 'Palauh'. Kaum ini masih wujud di Semporna hingga kini dan boleh dilihat di perairan Semporna. Mereka tinggal di bot-bot tradisi di laut dan sentiasa berpindah-randah dari satu pulau ke pulau yang lain. Kaum palauh hanya akan singgah ke tanah besar Semporna jika memerlukan barangan harian atau sebab kematian. Kini sesetengah mereka telah berubah kepada kehidupan yang moden.


________________________________________________________
Semporna pada tahun 1960




Sabtu, 24 September 2011

Segitiga Bermuda


cerita ini asalnya dari bahasa Indonesia dan saya telah mengeditnya ke bahasa melayu harap di maafkan sekiranya ada perkataan yang tidak boleh di faham...

Segitiga Bermuda

Bagi Anda yang gemar kisah misteri, pasti mengenal Segitiga Bermuda. Wilayah laut di selatan Amerika Serikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang tak terpecahkan. Misteri demi misteri bahkan telah dicatat oleh pengelana samudera macam Christopher Columbus.
Lebih dari itu, tak jauh dari kapal, pada suatu malam tiba-tiba anak kapalnya dikejutkan dengan munculnya bola-bola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.
Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui ’suasana’ yang luar biasa. Namun begitu rombongan Columbus beruntung, karena hanya diberi ‘pertunjukkan’. 
445px-bermuda_triangle_ltsvg
Di lain kisah, Segitiga Bermuda juga telah menelan puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian terkuak sekitar 1990 lalu adalah kapal terbang lima Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah  melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Desember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melapor, bahwa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun hilang dari radar.
Hilangnya C-119
Kisah ajaib lainnya adalah hilangnya pesawat transpor C-119 Flying Boxcar pada 7 Juni 1965. Pesawat tambun mesin ganda milik AU AS bermuatan kargo ini, hari itu pukul 7.47 lepas landas dari Lanud Homestead. Pesawat dengan 10 orang ini terbang menuju Lapangan Terbang Grand Turk, Bahama, dan diharapkan mendarat pukul 11.23.
c_119_postcard
  Hal ini diketahui dari perhubungan radio yang masih terdengar hingga pukul 11. Sesungguhnya memang tak ada yang mencurigakan. Kerosakan kapal terbang juga tak pernah dilaporkan. Dan tidak  sampai ke tempat yang di tuju.
Banyak teori mengatakan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelengkungan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gampa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di luar angkasa.
Hingga saat ini,telah banyak tenggapan-tanggapan atau teori-teori mengenai peristiwa-peristiwan aneh dan ghaib yang terjadi di kawasan tsb,diantaranya:

  • Sebuah Argumen dari suatu Perusahaan Asuransi Kapal Laut
Perusahaan asuransi laut Lloyd’s of London menyatakan bahwa segitiga bermuda bukanlah lautan yang berbahaya dan sama seperti lautan  di seluruh dunia, asalkan tidak membawa angkutan melebihi  ketika melalui wilayah tersebut. Penjaga pantai mengkonfirmasi keputusan tersebut. Penjelasan tersebut dianggap masuk akal, ditambah dengan sejumlah pengamatan dan penyelidikan kusus.
  • Teori Lorong Waktu
Menurut beberapa peneliti,mungkin dikawasan ini terdapat sebuah gangguan atmosfir di udara berupa lubang di langit.Ke lubang itulah pesawat terbang masuk tanpa sanggup untuk keluar lagi. Dari misteri “Lubang di Langit” ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia dengan dimensi lain. lubang di Langit itu dianggap semacam alat transportasi seperti tampak di film Star Trek. Ataukah bentuk Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO.
  • Blue Hole
Konon di dasar laut segitiga bermuda terdapat semacam lubang/gua dasar laut,dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelahjaman es berlalu, gua ini tertutup.Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya hisap. banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang terhisap ke dalam blue hole itu tanpa daya,dan anehnya kapal-kapal kecil yang terhisap itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama.
Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini sanggup menelan
kapal raksasa ke dasar lautan?
  • Gas Metana
Penjelasan lain dari beberapa peristiwa lenyapnya pesawat terbang dan kapal laut secara misterius adalah adanya gas methana di wilayah perairan tersebut. Teori ini dipublikasikan untuk pertama kali tahun 1981 oleh Badan Penyelidikan Geologi Amerika Serikat. Teori ini berhasil diuji coba di laboratorium dan hasilnya memuaskan beberapa orang tentang penjelasan yang masuk akal seputar misteri lenyapnya pesawat-pesawat dan kapal laut yang melintas di wilayah tersebut.
  • Misteri Lidah Lautan
Kawasan Segitiga bermuda sering juga disebut sebagai Tongue of the Ocean atau Lidah Lautan.Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon).Ada beberapa peristiwa kecelakaan di sana. Tidak banyak yang belum diketahui tentang Segitiga Bermuda, sehingga orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya saja misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Agustus 1917.
  • Misteri Makhluk Sargasso
Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso,banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai jaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam.
  • Angin Puting Beliung
Mungkin di kawasan ini sering terjadi badai laut yang mungkin bisa membentuk suatu pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang karena terhempaskan.
waterspout_noaa



Keajaiban berterusan Pulau Sipadan








Pulau Sipadan pernah menggemparkan negara ekoran kejadian penculikan 21 orang yang terdiri daripada pelancong dan juga pekerja resort oleh puak pemisah Abu Sayyaf pada 23 April 2000.
Namun kejadian itu tidak pernah melengangkan pulau yang menjurus naik dengan kedalaman kira-kira 600 meter dari dasar laut.
Menariknya, pulau itu terus menjadi tumpuan oleh penyelam skuba dari seluruh dunia sehinggakan ada yang terpaksa menempuh perjalanan selama 21 jam hanya untuk menyelam di situ.
Memang tepat ungkapan legenda selam skuba dunia berbangsa Perancis, Jacques Yves Cousteau ketika berada di pulau berkenaan sekitar tahun 1980-an yang mengatakan: "Saya pernah menyaksikan tempat lain sama seperti Sipadan, tapi itu 45 tahun lalu. Kini kita jumpa kembali satu kawasan selaman yang belum lagi terusik."
Ungkapan itu berjaya mempopularkan Pulau Sipadan hingga ke hari ini walaupun pihak berkuasa membuat keputusan untuk mengarahkan semua resort yang ada di pulau berkenaan ditutup berkuat kuasa 31 Disember 2004.
Hasil daripada itu, kerajaan negeri turut mengarahkan Taman-Taman Sabah (TTS) yang menguruskan pulau berkenaan bersama-sama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah untuk mengehadkan kemasukan pelancong ke pulau yang juga merupakan santuari utama penyu di Sabah.
Langkah itu menyaksikan hanya 120 penyelam skuba termasuk pelancong dibenarkan berada di pulau itu dalam masa sehari bagi meneruskan lestari pulau yang berada di perairan Celebes itu.
"Langkah kerajaan itu merupakan keputusan tepat dalam memulihara Pulau Sipadan dan ia akan diperkukuhkan lagi melalui penyediaan satu pelan pengurusan yang mantap," kata Pengarah TTS, Paul Basintal selepas Majlis Penutupan Ekspedisi Saintifik Marin Taman Pulau Sipadan di Pulau Mabul, baru-baru ini.
Menurut Paul, dengan ketiadaan resort dan juga had kemasukan pelancong ke pulau tersebut, hasil kajian saintifik ekspedisi itu menunjukkan satu perubahan positif terhadap kesan biologi dan fizikalnya.
"Antara kesan positif yang diperoleh penyelidik ketika ekspedisi itu adalah pertambahan ikan terumbu karang dan tiadanya gangguan terumbu karang yang dapat menjaga kepentingan sekitar perairan pulau itu sebagai kawasan pemakanan penyu," katanya.
Tinjuan Utusan Malaysia ke Pulau Sipadan baru-baru ini turut menyaksikan beberapa spesies marin mega yang menjadi ikon pulau itu kembali berlegar-legar di beberapa lokasi selaman terkemukanya.





Antara spesies berkenaan ialah ratusan alu-alu (Sphyraena barracuda) yang sering berlegar-legar dalam kumpulan di lokasi Barracuda Point sementera bayan gergasi (Bolbometopon muricatum) dan cupak (Caranx sexfasciatus) terus berada di South Point.
Selain semua spesies tadi, pelbagai jenis ikan yu dan juga penyu turut setia menyerikan Pulau Sipadan selain keadaan terumbu karang keras dan lembut masih utuh walaupun terjadi insiden tongkang melanggar batu karang di Barracuda Point pada tahun 2006 sehingga merosakkan kawasan seluas 372 meter persegi.
Sementara di atas pulau itu pula, TTS sudah membina kawasan rehat setempat untuk pengunjung selain membersihkan saki baki runtuhan peninggalan resort lama yang dilihat berjaya mengindahkan pulau itu.
Malah, pembinaan tandas moden yang memusatkan sistem kumbahan dilihat mampu mengurangkan impak alam sekitar di pulau yang turut menjadi santuari serta persinggahan burung migrasi.
Mengulas mengenai pelan pengurusan pulau itu, Paul berkata, pelan itu kelak akan memfokuskan pengurusan mesra alam dalam memastikan pemuliharaan secara berterusan hidupan marin, flora dan fauna di pulau itu.
Kata Paul, langkah merangka pelan pengurusan itu selaras dengan pewartaan pulau Sipadan sebagai taman pada Oktober 2009 di bawah Enakmen Taman-Taman 1994.
"Pelan pengurusan itu kelak bakal menjadi panduan untuk mengurus kawasan taman ini secara lebih sistematik dalam memulihara khazanah yang terdapat di pulau itu secara berterusan," katanya dengan menambah data saintifik berbentuk biologi dan fizikal yang diperoleh sepanjang ekspedisi itu akan dijadikan garis panduan dalam menyediakan pelan pengurusan tersebut.


Misteri Sungai Dibawah Laut Mexico (River Under the Sea)

   Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.   

Saya mengetahui cerita mengenai sungai di bawah laut dari kawan-kawan dan melihat sendiri foto-foto tersebut.  Mengkagumkan!  Subhanallah.  Demikian hebat ciptaan Allah, apakah belum tergerak di hati kita untuk mentaatiNya sepenuh hati? 

Penglihatan kurniaan Allah adalah untuk melihat bukti kebesaran dan kehebatan Ilahi.  Nikmat penglihatan sungguh besar buat kita semua.  Tujuan ia dicipta membawa hati kepada Allah.  Jika penglihatan digunakan melihat perkara yang diharamkan Allah, maka pudarlah cahaya iman yang menjadi matlamat manusia diwujudkan.  Betapa banyak perkara halal yang boleh dilihat, namun nafsu manusia yang cenderung kepada kejahatan lebih suka memilih perkara yang diharamkan.  Perkara haram adalah racun kepada jiwa manusia seperti foto-foto  dan perbuatan lucah yang banyak dicari manusia hari ini.....

KISAH AIR MASIN AIR TAWAR

&

SUNGAI DALAM LAUT



 Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”
(Al Furqan 25:53) 

Jika saudara termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau.  Dia  seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.  Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. 

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. 

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan.  Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam.  Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. 

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu.  Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez .   Ayat itu berbunyi,   

Maksudnya: Dia biarkan dua lautan bertemu.
(Al-Rahman 55:19)   
     
Maksudnya:  Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus.
(Al-Rahman 55:20)   


Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. 

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tidak bercampur airnya ditafsirkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut.  Namun tafsiran itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Al-Rahman ayat 22 yang berbunyi,   

Maksudnya:  Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.
(Al-Rahman 55: 22)    

Padahal tiada mutiara yang dihasilkan di muara sungai. 

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam.  Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat.  Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka.  Justeru itu, dia lalu memeluk Islam. 
 
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan.  Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim. 

Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air”.  Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.” 
 
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico .  Disana ada sebuah gua.  Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.   



Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
    

    
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?
 (Al-Rahman 55: 13) 

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat menetap dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya serta telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
(Al-Naml 27:61)

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
(Al-Naml 27:62)

Nota: Terdapat perselisihan pendapat mengenai keislaman Jaques Costeau. Hal itu sama ada benar atau tidak, saya sudah mengulasnya dalam ruangan komen. Terdapat perkongsian idea daripada para pembaca yang saya luluskan penerbitannya. Harap dapat baca semua komen terutama yang memberi fakta berbeza untuk mendapat gambaran lebih jelas tentang artikel ini.
Apa yang penting yang mahu ditonjolkan di sini ialah kebesaran Allah dalam penciptaanNya dan bahawa al-Quran itu mukjizat yang agung. Dan yang lebih penting lagi ialah jiwa kita sendiri bersedia untuk memperakui kebesaran Ilahi seterusnya menggerakkan saraf dan seluruh anggota badan untuk sujud dan patuh kepadaNya. Sama ada Jaques benar-benar Islam atau tidak sebelum kematiannya, urusannya telah selesai di sisi Allah. Kita hanya perlu fikirkan bagaimana nasib kita sendiri di akhirat kelak serta bagaimanakah penutup episod hidup kita di dunia fana ini.

Sumber dari youtube